“Ma, nanti kita lunch sama-sama. Dah lama kita tak lunch sama-sama
lepas aku kahwin”.
Dahlia tak pasti sama ada nak membalas atau tidak mesej yang diterima
masuk sebentar tadi. Kalau dia pergi maksudnya, dia keluar dengan abang ipar
sendiri. Kalau tak keluar nanti apa yang patut dicakapkan ketika berjumpa di
rumah nanti.
“Makan di mana?”
“ Kita makan di tempat biasa nak? Kita bungkus then makan kat situ?”
Dahlia pasti tempat yang dimaksudkan itu adalah Taman Tasik
Titiwangsa. Tempat mereka selalu melepak jika tiada apa yang hendak dibuat pada
hari minggu.
“ Dah tanya Ana?”
“Belum, tapi dia mesti okay jea. Adik dia sendiri takkan dia nak
cemburu pula. Lagipun dia tahu kita nie kan kawan baik dari dulu”.
“Better kau tanya Ana dulu. If dia bagi, okaylah kita keluar lunch.”
“ Ok.” Balas Darwin pendek sahaja. Mungkin dia merajuk dengan Dahlia.
Jam menunjukkan hampir pukul
satu. Tiada lagi mesej dari Darwin. Mungkin Ana tidak memberikan kebenaran
untuk Darwin keluar makan dengannya.
Dahlia menekan nombor seterusnya. Kemudian, seorang pelanggannya
datang untuk berurusan dengannya.
“Selamat tengahari cik”. Seperti biasa kata-kata aluan yang diberikan
oleh Dahlia ketiak berjumpa dengan pelanggan.
“Selamat tengahari.” Sambil pelanggan itu memberikan kad pengenalan
dengan buku banknya itu.
“Cik tak makan tengahari ke?” tanya pelanggannnya itu.
Dahlia yang tekun melakukan kerja
hanya tersenyum sambil meneruskan kerjanya tanpa memandang pelanggannya itu.
“Belum masuk waktu lagi cik. Kalau dah masuk pukul satu, mestilah saya
keluar makan.”
“Ohhh... tekunnya awak buat kerja kalau macam tue.Bagus-bagus”.
‘Ramahnya pelanggan aku seorang nie. Suara biasa macam pernah dengar
pula tu. Kemudian memeriksa kad pengenalan yang berikan oleh palanggannya tadi.
“Darwin Danish Mohamed. Darwin, patutlah aku macam pernah dengar suara
nie. Rupanya kau. Kenapa datang jauh sanngat setakat nak update buku bank?”
Darwin hanya tergelak melihat yang Dahlia baru perasan akan dirinya.
“Itulah, buat kerja tak pandang pelanggan. Kalau aku aku kenal kau
mesti ak cakap kau ni sombong tau”.
“Alah... Bukan kau tak kenal aku macam mana. Concentrate pada kerja okay”.
“Aku tunggu kau dekat sana yea. Lagipun dah nak masuk lunch dah nie.”
“Okay.”
Dahlia segera mengemas mejanya yang berselerak itu. Sambil matanya
memandang pelanggan yang tinggal dalam bank itu.
“ Fiza, aku keluar makan dulu yea.”
Fiza yang merupakan rakan sekerja barunya itu menggangguk tanda faham.
Dahlia mengambil handbag yang
terletak bawah mejanya itu kemudian memandang ke arah Darwin yang setia
menunggu dia di tempat duduk kerusi pelanggan. Darwin hanya tersenyum melihat
Dahlia. Manakala Dahlia pula terasa bagai hendak gugur melihat Darwin tersenyum
ke arahnya. Terasa cair dan juga cemburu kepada Ana Hazira kerana berjaya
menawan hati Darwin.
Dahlia keluar dari bilik itu menggunakan pintu di tepi kaunter
pelanggan. Dahlia berjalan munuju ke arah Darwin sambil tersenyum.
‘ Ma, kenapa hati kau keras seperti batu. Aku nak memiliki senyuman
kau itu. Aku nak senyuman itu jadi milik aku. Kenapa hati kau keras sangat?’
kata Darwin di dalam hatinya. Hanya dia seorang yang tahu betapa seksanya
hatinya melihat Dahlia setiap hari di rumah.
“Win, kau dah tanya Ana belum yang kita akan keluar lunch sama-sama?”
tanya Dahlia kepada Darwin. Darwin hanya mendiamkan dirinya sahaja. Terus
memandu tanpa ada suara dari mulutnya.
“Win, aku tanya nie. Kenapa senyap jea?”
“ Aku dengarlah Ma. Tak pekak lagilah. Aku tak bagi tau dia pun. Sebab
aku tau dia takkan bagi aku keluar dengan kau walaupun kau tue adik dia. Kau
faham-faham jealah kembar kau tue macam mana bila dah cemburu. Hehehe...”
Terdiam Dahlia mendengar bebelan kawan baiknya itu. Mungkin betul apa
yang dicakapkan oleh Darwin tentang kembarnya itu. Tahap cemburunya memang tak
boleh dibendung. Teringat lagi yang dia diserang dengan kakaknya itu pada tahun
lepas akibat pergi berkelah bersama dengan Darwin.
“Ma, jomlah keluar. Dah sampai dah nie”. Tiba-tiba panggilan Darwin
mengejutkan Dahlia dari lamunannya. Dahlia segera keluar dari kereta Darwin.
Kemudian Dahlia menggeliat untuk menghilangkan rasa lenguh badannya. Kemudian dia
terus berjalan ke Taman Tasik Titiwangsa untuk mencari tempat untuk mereka
berkelah di sana. Angin yang sepoi-sepoi bahasa menbuatkan dirinya terasa
nyaman di situ. Setelah puas berjalan, akhirnya dia memilih tempat untuk mereka
berkelah di sana.
“Win, kita duduk di sini yea”. Darwin hanya mengangguk setuju dengan
pilihan Dahlia. Bukan dia tak boleh pilih tapi dia sememangnya sudah selesa
dengan setiap pilihan Dahlia. Setiap pilihan Dahlia buat untuknya turut menjadi
pilihan dia.sebelum ini seluar, baju, tali leher bahkan kasut sukan turut
dipilih oleh Dahlia.
“Ma, kau ingat tak kenapa aku panggil kau Ma?”
“Ntah. Aku tak ingatlah.”
“Ohhh...Yea ke?Tak apalah”. Darwin terus terdiam manakala Dahlia terus
meikmati permandangan yang ada di depan matanya. Darwin mengeluarkan Mc Donalds
yang dibelinya tadi. Sudah menjadi kebiasaan mereka untuk berkelah di sini jika
tiada apa yang hendak dibuat. Sejak dari zaman belajar lagi.
“Win, kau ingat lagi tak movie pertama yang kita tengok bersama dulu?”
tanya Dahlia kepada Darwin.
“Mestilah aku Ma. 30 Days Of Night. Seram betul cerita tue. Hahaha...”
“ Aku pun ingat juga. Kelakar tengok kau bila kau takut makin kuat kau
pegang tangan aku kan Win.Hahaha..”
“Alah... Kau nie, bukan aku takut. Aku pegang kuat tangan kau sebab
takut kau terkejut lepas tue pop corn tue kau campak entah ke mana.Hahaha...”
“Amboi kau nie dah lebih nampak. Ala, nasib baik kita dah janji taknak
lepas tangan bila dah pegang tangan hari tu. Kalau tak, memang sah kau tue
menjerit-jerit bila tengok cerita tue”.
Semakin kuat ketawa mereka
berdua seolah-olah tiada apa yang menghalang mereka dari bersama. Tiba-tiba
telefon Darwin berbunyi dan nama keluar adalah Ana Hazira. Darwin menunjukkan
isyarat supaya Dahlia senyap. Dahlia terdiam meliahat isyarat yang dierikan
oleh Darwin. Tiba-tiba dia terasa marah yang amat sangat. Hatinya mula sakit.
“Yea sayang. Abang ada kat Sentul nie. Ada kerja sikit abang nak buat
kat sini. Ada meeting kejap lagi. Okay, nanti abang ambil saying kat tempat
kerja saying. Okay, love you. Bye sayang”.
“Win, cepat sikit makan. Dah dekat pukul 2 dah nie. Aku kena masuk
kerja”.
Darwin perasan yang mood Dahlia mula hilang. Dia faham yang Dahlia
menjadi marah.
“Okay”. Hanya itu Darwin mampu katakan. Dia sudah faham apabila Dahlia
mood dia hilang, Darwin pun memang tak boleh pujuk dia dalam masa sehari. Mungkin
salahnya kerana menberi isyarat kepada Dahlia supaya senyap. Darwin
menghabiskan mekanannya lalu mengemas sisa-sisa yang tinggal dan membuang ke
dalam tong sampah. Dahlia pula segera bangun dan menuju ke kereta Darwin.
Hatinya masih lagi sakit. Sepanjang perjalan balik ke tempat kerja Dahlia hanya
mendiamkan diri dan menyebabkan Darwin berasa bersalah.
No comments:
Post a Comment