Dahlia hanya memandang mereka dengan sayu. Matanya bergenang menahan
air mata dari jatuh ke pipi pada hari bahagia pasangan itu. Dengan sekelip mata
segala kenangan mereka pada zaman waktu sekolah menerpa kepada minda Dahlia.
“ Ma, aku nak kahwin dah. Nanti kau datang tau majlis aku,”kata Darwin
Danish dengan penuh perasaan gembira. Manakala Dahlia terkedu tidak mampu
berkata apa-apa. Hatinya pedih umpama kaca terhempas di sudut yang jauh.
Kakinya seakan-akan tidak dapat merasa beban badan. Akhirnya, dia tersenyum
dangan perasaan hambar sambil mencari tempat yang boleh di duduk supaya
menghilangkan perasaan sebu di hatinya. Nafasnya tidak tentu hala jadinya.
“Tahniah Win.Kau kahwin dengan Ana ke?” soal Dahlia.
Darwin hanya tersenyum sambil menganggukkan kepalanya. Kemudian
mulutnya becok bercerita tentang majlis kahwinnya nanti. Ana Dahlia hanya mampu
tersenyum sambil fikirnya menerawang entah ke mana. Memikirkan apa yang akan
berlaku tidak lama lagi nanti.
“ Ma, kau dengar tak apa yang aku cakap ni?”
‘Ya, aku dengarlah pakcik. Aku tak pekak lagi yea.”
Darwin hanya tergelak mendengar apa yang keluar dari mulut Dahlia.
Kemudian Darwin memegang tangan Dahlia tiba-tiba sambil mencium tangan dahlia.
Dahlia yang terkejut kemudian segera menarik tangannya namun dipegang dengan
kemas oleh Darwin.
“Ma, terima kasih sebab jadi kawan baik aku selepas dari sekolah
menengah sehingga aku nak kahwin sekarang. Aku tak pernah ada kawan baik macam
kau. Terima kasih tau.”
Dahlia segera menarik tangannya sebelum hatinya menjadi lagi pedih.
Dahlia mengeluh panjang. Air matanya mula bergenang. Semakin dia menahan air
matanya dari jatuh, tiba-tiba gerimis menunjukkan tanda-tanda nak hujan.
Kemudian, serentak air matanya jatuh ke pipi, hujan mula turun dengan perlahan.
“ Ma, jom masuk dalam kereta.Hujan dah nie. Nanti basah dan demam”.
“Tak apalah, kau balik lah dulu. Baru hujan sikit nie”. Darwin hanya
mengangguk perlahan sambil mencari kunci keretanya di dalam poket.
“ Jangan main hujan yea sayang. Hahahaha”. Terus Darwin menuju ke
keretanya yang di parkir di tepi jalan itu. Serentak hujan lebat, Darwin
memulakan perjalan menuju balik ke rumahnya di Cheras. Manakala Dahlia masih
mengeraskan badannya di tepi batu itu.
Mencari ketenangan di dalam hujan lebat itu. Serentak dengan itu, kedengaran
tangisan yang kuat dari diri Dahlia. Teresak-esak tangisan di dalam hujan lebat
itu. Dahlia tidak mampu berdiri untuk mencari kekuatan diri. Tidak tahu kepada
siapa untuk dia mengadu tentang dirinya itu.
“Boleh tak kau jangan menangis sebab kawan baik kau tue? Menyampah aku
tengok. Macam dia seorang lelaki dalam dunia nie.”
Dahlia memandang ke belakang. Kelihatan Ana Hazira berada di
belakangnya. Dahlia terkedu melihat Ana Hazira di hadapannya. Dahlia hanya
mampu menelan air liur dan tidak mampu memandang mata Ana Hazira.
“Dahlia, sedarlah, dia bukan milik kau. Tapi milik aku. Kau
lepaskanlah dia untuk aku. Aku tak minta apa-apa tapi sebagai wanita, kau patut
faham perasaan aku. Kau patut faham kenapa aku cakap macam nie kepada kau”. Ana
Hazira mengeluh panjang.
“Ana, aku tak dapat nak tahan perasaan aku sendiri. Aku minta maaf
sebab aku lupa akan kau dan dia.”
“ Dahlia, jangan ingat aku tak tahu tentang perasaan kau pada dia.
Sejak dari dulu lagi aku tahu perasaan kau pada dia. Layanan kau pada dia
memang berbeza.”
Dahlia hanya mampu menangisi perbualan itu dengan sedu yang kuat.
Tiada apa yang mampu diucapkan lagi pada Ana Hazira itu. Adakah silapnya
sendiri atau tiba-tiba perasaan itu datang sendiri.
“Ana, boleh tak kau tinggalkan aku sendirian buat masa sekarang. Aku
nak tenangkan diri aku. Aku tak nak fikirkan tentang apa-apa pun”. Ana Hazira
mengangguk dan berlalu pergi meninggalkan Dahlia itu. Dahlia merenung ke arah
pemandangan Kuala Lumpur yang sedang dibasahi hujan yang lebat itu. Tiba-tiba
telefon bimbitnya berbunyi. Melihat nama Darwin yang tertera di skrin telefon
menbuatkan dia terasa lagi sedih lalu Dahlia terus memadamkan telefonnya.
“Ma, thanks sebab jadi pengapit aku..Hahaha..Yang penting kau ada di
majlis perkahwinan aku. Terima kasih tau”. Dahlia hanya mengangguk dan
tersenyum mendengarnya. Jauh di sudut hatinya, pedih untuk terima kenyataan
yang lelaki itu bukan miliknya. Tapi menjadi milik orang lain. Lagi pedih untuk
melihatnya hari-hari di rumahnya. Ya, sesungguhnya lelaki yang disukainya akan
menetap di rumahnya dan sesungguhnya Ana Hazira itu adalah kembarnya kepada Ana
Dahlia.
No comments:
Post a Comment