“Ma, Lia nak pindah dari rumah ni boleh tak? Nak cari rumah sewa dekat
dengan tempat kerja. Boleh tak Ma?” Ibunya, Puan Harlina terdiam mengdengar
permintaan anaknya itu.
“Kenapa sayang nak pindah. Tempat kerja dengan rumah kita kan bukan
jauh sangat. Boleh berulang hari-hari pergi kerja.”
Ana Dahlia merenung panjang. Merenung ke mata ibunya agar ibunya dapat
memahami perasaannya yang sedang gusar itu.
“Lia dah dapat kerja baru dah ma. Lia cari peluang yang lagi baik. Lia
dapat kerja baru dekat Sentul. Lia ingat nak cari rumah sewa area Sentul.
Lagipun nanti taklah jem sangat Lia nak pergi dan balik kerja.”
“Lia dapat kerja apa kat sana?” soal Puan Harlina.
“Finance executive dekat bank sana. Ma, boleh yea Lia pindah”.
Puan Harlina mengeluh perlahan. Seoleh-bolehnya dia taknak berjauhan
dengan Ana Dahlia kerana hanya tinggal dia seorang sahaja yang belum berkahwin.
Kembarnya baru sahaja melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan dan
menetap di rumah yang sama. Jika Ana Dahlia keluar dari rumah ini, maka dia
akan kesunyian. Namun permintaan anaknya memang tidak dapat dielakkan.
“Ala ma. Biarlah dia nak pindah. Sampai bila lagi dia nak duduk dekat
ma? Lagipun dia dah besar panjang. Pandailah jaga diri”. Ana Hazira menyampuk
dari belakang. Ana Dahlia mengetap gigi menahan geram.
“Ma, Lia nak berdikari. Nanti Lia kahwin, tak adalah nak sibuk duduk
rumah mak bapa? Betul tak Ana?” sambil mengerling ke arah kembarnya itu.
“ Baiklah, kalau macam tue. Ma bagi Lia duduk menyewa. Tapi dengan
syarat, yang Lia kena bawa buah hati Lia jumpa Ma. Itu jea syarat Ma.”
Dahlia terkejut mendengar syarat ibunya itu. Sesungguhnya buat masa
sekarang di dalam hatinya masih belum dipunyai sesiapa melainkan orang yang
berkahwin dengan kembarnya itu sendiri.
“Ma, Lia tue ada ke boyfriend? Sedangkan orang lelaki yang paling
rapat dengan dia pun tak nak dekat dia. Ma bukan tak tau Darwin tue kawan baik
Lia.”Ana Hazira menyampuk.
“Sebab tu Ma nak Lia nie cari boyfriend tunjuk kat Ma.”
Dahlia hanya tersenyum mendengar kata-kata ibunya dan juga kembarnya.
Entahlah, mungkin Dahlia terasa belum tiba masanya lagi untuk dirinya mencari
teman lelaki.
“Okaylah Ma. Nanti Lia cari boyfriend yang sepuluh kali lagi handsome dari
suami Ana tue. Baru terbuka mata Ana tengok boyfriend Lia.Hahahaha...” Dahlia
tergelak bila melihat muka kakakya menjadi muncung secara tiba-tiba.
Memang tidak dapat dinafikan
bahawa muka Darwin memang handsome.
Matanya kuyu apabila memujuk orang yang sedang merajuk dengan harapan orang itu
akan cair. Disebelah bibir bawah belah kanan ada sebutir tahi lalat
pemanis.Kulit yang sawa matang hamper cerah lagi menampakkan betapa segaknya
lelaki itu di mata Dahlia. Bila dia mengukir senyuman, menampakkan sebaris gigi
yang cantik. Badan yang perkasa macam Aaron Aziz kot. Bukan Dahlia tak pernah
nampak bentuk badan Darwin, sudah banyak kali kerana banyak kali pergi berkelah
bersama.
“Sudahlah Lia, cakap jealah ko jealous dengan suami aku tue. Perfect di
mata semua orang”.
Dahlia hanya memandang muka Ana Hazira. Bukan dia tak tahu,
sesungguhnya, dalam perfect itu, ada juga yang tak perfect dengan Darwin. Hanya
dia yang tahu apa kekurangan Darwin.
“Okaylah Ma, Lia nak masuk tidur. Makin dilayan, makin menjadi”.
Dahlia terus bangun dari kerusi malas di ruang tamu kemudian menaiki
tangga ke atas menuju ke biliknya. Setiba di atas, Lia berjalan
berdengkit-dengkit bagi mengelakkan lantai itu berbunyi.
“Ma, kau tengah buat apa tu?” Tegur Darwin setelah melihat Dahlia
berjalan berdengkit-dengkit di hadapan biliknya.
“Ohh Win. Tak ada apalah. Saja buang tabiat berjalan macam tue. Bukan
kau tak tahu perangai aku macam mana sebelum ni.Hahaha...” gelak si Dahlia
disambut oleh Darwin. Kemudian, dengan segera Dahlia buka pintu bilik dan
menyelusup masuk ke dalam bilik bagi mengelakkan Darwin bertanya soalan yang
bukan-bukan.
No comments:
Post a Comment