Saturday, May 25, 2013

hati ini milik siapa - bab 5



Hafiz membetulkan nombor kad pengenalan di dalam borang simpanan itu. Ibu menyuruhnya memasukkan duit di dalam simpanan adiknya itu. Mujur pada hari itu tidak ramai orang yang ada dalam bank maka dia hanya perlu tunggu sekejap sahaja.

Dahlia menekan  nombor seterusnya. Kelihatan sekarang seorang lelaki menghampiri kaunternya.
Buku bank dan juga duit dihulurkan meja kaunternya.
“Lima ratus sahaja yea encik?” tanya Dahlia.
Hafiz hanya mengangguk tanda setuju. Dahlia hanya tersenyum melihat Hafiz. Memang telah dipesan oleh bosnya jika ada pelanggan hendaklah senyum sentiasa supaya pelanggan berpuas hati dengan khidmat yang diberikan oleh mereka.

Hafiz tersipu malu apabila melihat senyuman Dahlia.

‘Dia nie nak ngorat aku ke?’ kemudian Hafiz menbalas senyuman Dhlia itu.
“Okay, encik sila tandatangan di sini yea.” Dahlia menyerahan borang itu untuk ditandatangan Hafiz.
Hafiz hanya menurut sahaja arahan dari Dahlia.

“Okay. Terima kasih encik. Sila datang lagi yea”.
Hafiz hanya menggangguk sahaja sambil sempat memerhatikan tag nama dia tudung pegawai bank itu.

‘Ana Dahlia, sedap namanya. Lembut pun yea jugak.’

“Cik, minta kertas sekeping. Boleh?”

Dahlia hanya menggangguk perlahan sambil menyerahkan sekeping kertas kecil. Lalu Hafiz mengambil dan keluar dari bank itu.Dahlia memerhatikan jam yang berada di dinding pejabatnya. Sudah hampir pukul satu tengahari. Sekejap lagi sudah sampai masa untuk rehat. Dahlia segera mengemas kaunternya lagipun pelanggan pada tengahari itu sikit tidak ramai seperti selalu. 

“Fiza, aku keluar dulu yea.” Fiza hanya mengangguk tanda setuju.Dahlia terus kelaur dari bank itu. Hatinya kosong tiada apa yang dapat difikirkan.

Hafiz melihat Dahlia keluar dari pintu bank itu. Dia mula tersenyum. Hafiz keluar dari kereta sambil menjinjit McDonald yang dibeli tadi berdekatan dengan Tasik Titiwangsa tadi.

“Hai awak” tegur Hafiz.Dahlia kangen melihat seseorang yang tidak dikenali di hadapannya itu.

“Saya kenal awak ke?”

Hafiz hanya menggeleg kepala tanda tidak kenal.

“Kan tadi awak yang layan kat kaunter tue”.

Dahlia hanya tersenyum manis.Melihat Dahlia senyum tiba-tiba hati Hafiz terasa berdegup dengan pantas.

“Hmmm...Awak nak makan dengan saya tak?”

Dahlia hanya menggelengkan kepalanya sahaja tanpa berkata apa-apa. Kemudian hanya terus berjalan tanpa memandang orang yang tidak dikenali. Melihat Dahlia yang berjalan pantas itu Hafiz menjerit.

“Awak, saya dah beli makanan untuk kita berdua. Nanti siapa nak makan makanan nie?”

Dahlia berhenti berjalan.Dia memandang ke arah Hafiz lalu menunjukkan tangan, tanda yang dia tak mengenali lelaki itu. Melihatkan Dahlie berhenti, dia segera berlari anak menuju ke Dahlia.

“Saya tak kenal awak pun. Ntah-ntah awak orang jahat.”

Hafiz hanya tersenyum mendengar kata Dahlia.

“Nama saya Hafiz,saya nak berkenalan dengan awak.Saya dah beli makanan untuk dua orang makan. Nanti siapa nak habiskan makanan nie kalau awak tak makan dengan saya?”

Dahlia memandang di tangan Hafiz yang menjinjit beg kertas McDonald itu. Dahlia hanya mengelengkan kepala tanda tidak setuju.

“Awak, saya tak kenal pun awak. Kalau awak culik saya macam mana.Sekarang, ramai orang jahat.”
“Okay macam nie, kita makan kat depan bank awak nak?” Kita makan kat dalam kereta saya?”

Dahlia menggelengkan kepala tidak bersetuju. Hafiz mengeluh panjang.

“Okay macam nie, kita makan kat Taman Tasik Titiwangsa nak?Saya bawa kereta saya, awak bawa kereta awak.Okay tak?”

Hafiz berharap sangat Dahlia bersetuju dengan cadangannya. Melihatkan kesungguhan Hafiz itu, Dahlia mengangguk perlahan. Kemudian berjalan tanpa berkata apa-apa.Hafiz tersenyum dengan gembira melihat anggukan Dahlia itu. Namun Hafiz berlari anak menuju kereta Dahlia.

“Awak, nombor telefon awak berapa?Nanti nak jumpa kat taman tu nanti macammana?”
“Bagi sini telefon awak”. 
Hafiz menghulur telefonnya dan Dahlia mendail nombor telefonnya menggunakan telefon Hafiz. Kemudian menyerahkan kembali telefon itu kepada tuannya. Hafiz hanya tersenyum taktiknya berjaya. Dahlia segera menghidupkan enjin keretanya dan menbawa laju menuju tempat yang dipersetujui oleh mereka. Hafiz turut membuat perkara yang sama dengan rasa gembira.

Saturday, April 20, 2013

hati ini milik siapa - bab 4


Pertanyaan Darwin tadi masih lagi terngiang-ngiang di telinga Dahlia.
“Ma, kau ingat tak kenapa aku panggil kau Ma?”
Dahlia bukan tak ingat tapi tak nak ingat kembali kisah mereka berdua. Membuatkan hatinya terasa lagi pedih. Dahlia teringat lagi keadaan pada masa itu.

“Lia, kalau aku tak kahwin bila sampai masa nanti, aku nak kahwin dengan kau boleh?” tanya Darwin kepada Dahlia.
“Kenapa kau nak kahwin dengan aku pula?Kau desperate ke?”
“Tak lah. Aku takut aku tak kahwin bila sampai masa nanti. Hahaha...”
“Okay. Kalau kita kahwin nanti, kau nak panggil aku apa?” tanya Dahlia.
“Aku nak panggil kau Ma. Singkatan pada mama. Nanti bila kita dah ada anak sendiri, aku nak dia panggil kau mama. Boleh?”
“Ohhhh...Habis tue nanti anak kita nak panggil kau apa?” tanya Dahlia.
“Entahlah, aku pun tak tahulah. Aku panggil ayah aku abah. Kau pula panggil ayah kau tu ayah. Nanti anak kita nak panggil apa yea kat aku?”
“Hmmm... Boleh tak anak kita panggil kau babah nanti? Aku suka perkataan babah. Lembut sikit aku dengar.”
Darwin hanya tersenyum mendengar cadangan Dahlia. Terasa berbunga di hatinya.
“Okay. Lepas ni aku panggil kau Ma. Nanti lepas kita kahwin kau kena panggil aku abang yea”.
Dahlia hanya tergelak mendengar.
“Kau boleh tak jangan perasan. Macamlah kita nie jadi kahwin. Entah-entah kau kahwin dengan orang lain. Hahaha...”
“Okaylah macam nie, kalau umur aku dah 27 tahun tak kahwin lagi dan kau pun tak kahwin lagi, aku pinang kau yea. Jangan kau tak terima pula pinangan aku waktu tue.”
“Kau nie, biar betul. Umur kita sekarang baru 18 tahunlah. Boleh jadi kawan baik lagi ke kita waktu tue?”
Darwin terdiam mendengar kata-kata Dahlia.
“Hmmm..Kalau kau tak berubah hati dan tak gaduh dengan aku”.
“Hahaha...Apa-apalah weh.Okaylah, nak tidur sudah. Dah lambat dah nie, esok kena bangun pagi kena pergi kuliah pagi. Nite weh”.
“Nite juga”. Dahlia terus meletakkan telefonnya lalu menarik kain selimutnya menutup dari hujung kaki ke paras pinggangnya bagi mengelakkan angin masuk melalui kaki. Kemudian, tiba-tiba kedengaran bunyi mesej masuk.
‘Lepas nie, aku akan panggil kau Ma. Jangan marah bila aku panggil kau Ma’.
Dahlia hanya tersenyum membaca mesej itu.
‘Ikut kau lah nak panggil apa pun. Nite’.

Lamunan Dahlia terhenti apabila diganggu oleh bunyi mesej masuk.
‘  Ma,tak ingat ke kenapa aku panggil kau Ma?’ Dahlia membaca mesej. Bukan dia tak teringat, tapi tak mungkin dia akan mengatakan depan Darwin.
‘Kau tak tidur lagi ke?’
‘Dah nak tidur, tapi teringat siang tadi. Betol kau tak ingat kenapa aku panggil kau Ma?’
Dahlia mengeluh perlahan. Masih teragak-agak untuk membalas mesej abang iparnya itu.
‘Dahlah. Pergi tidur. Aku dah tak ingat kenapa kau panggil aku Ma. Tak penting sangat pun.Nite.’
Dahlia terus mematikan telefonnya dengan harapan iada lagi balasan dari Darwin. Dahlie meletakkan telefonnya di tepi bucu katil. Dahlia menarik selimut sehingga ke paras pinggangnya. Malam ini terasa sejuk sesejuk hati dan perasaannya.

Darwin menbaca mesej Dahlia sambil mengeluh panjang. Keluhannya menarik perhatian isterinya.
‘Abang nie kenapa?Mengeluh jea malam nie?” tanya Ana Hazira.
“Tak ada apalah sayang. Meh dekat abang, nak peluk sikit. Rindu kat sayang hari ini.”
Ana Hazira hanya tersenyum sambil kembang kempis hidungnya mendengar kata-kata dari suaminya itu. Terasa bahagia di sudut hatinya itu.

“Abang iangat lagi tak kita bertemu macammana?”
Darwin termenung mendengar pertanyaan isterinya. Mana dia tak ingat. Segalanya berubah pada hari itu juga. Perkenalan dengan kakak kembar Dahlia menjadi titik tolak kepada perkahwinan mereka berdua.
“Abang ingat lagi. Hari tue abang nak jemput Dahlia. Tapi terjemput sayang. Mesti sayang terkejut kan sebab abang tiba-tiba tarik sayang mesuk dalam kereta.”
“Itulah abang, tak beri salam dulu main sembat jea siapa yang keluar dari rumah. Nasib baik sayang, kalau bibik indon dari mana entah tu, memang menyesal abang kan? Hahaha..”
Darwin turut tergelak.
“Kalau abang terambil bibik indon, mesti sekarang abang dah kahwin dengan bibik tue.Menyesal sayang tau”.
Mendengar ayat yang keluar dari suaminya itu, satu cubitan hinggap di lengan Darwin.
“Aduh..awak nie..Sakitlah. Kalau yea pun, jangan cubit kuat sangat”.
“Abang tue lah, macam tak nak kahwin dengan saya jea.Bukan main lagi yea.Kalau Dahlia yang keluar mesti abang kahwin dengan dia kan?”
“Lah..awak ni. Sekarang kan saya dah kahwin dengan awaklah. Jangan cemburu buta. Dengan adik sendiri pun nak cemburu juga ke?”
Ana Hazira terdiam. Bukan dia tak cemburu, tapi hubungan suami dan adiknya memang layak untuk dicurigai dan dicemburui. Bukan dia tak tahu dahulu mereka berkawan baik sehingga pernah bergaduh besar dengan adiknya sendiri bila menyentuh bab Darwin.
Ana Hazira memeluk Darwin semakin erat. Tak mungkin dia akan lepaskan lelaki idamannya itu kepada adiknya.

Monday, April 1, 2013

hati ini milik siapa - bab 3


“Ma, nanti kita lunch sama-sama. Dah lama kita tak lunch sama-sama lepas aku kahwin”.
Dahlia tak pasti sama ada nak membalas atau tidak mesej yang diterima masuk sebentar tadi. Kalau dia pergi maksudnya, dia keluar dengan abang ipar sendiri. Kalau tak keluar nanti apa yang patut dicakapkan ketika berjumpa di rumah nanti.

“Makan di mana?”
“ Kita makan di tempat biasa nak? Kita bungkus then makan kat situ?”

Dahlia pasti tempat yang dimaksudkan itu adalah Taman Tasik Titiwangsa. Tempat mereka selalu melepak jika tiada apa yang hendak dibuat pada hari minggu.

“ Dah tanya Ana?”
“Belum, tapi dia mesti okay jea. Adik dia sendiri takkan dia nak cemburu pula. Lagipun dia tahu kita nie kan kawan baik dari dulu”.
“Better kau tanya Ana dulu. If dia bagi, okaylah kita keluar lunch.”
“ Ok.” Balas Darwin pendek sahaja. Mungkin dia merajuk dengan Dahlia.

Jam  menunjukkan hampir pukul satu. Tiada lagi mesej dari Darwin. Mungkin Ana tidak memberikan kebenaran untuk Darwin keluar makan dengannya.

Dahlia menekan nombor seterusnya. Kemudian, seorang pelanggannya datang untuk berurusan dengannya.
“Selamat tengahari cik”. Seperti biasa kata-kata aluan yang diberikan oleh Dahlia ketiak berjumpa dengan pelanggan.
“Selamat tengahari.” Sambil pelanggan itu memberikan kad pengenalan dengan buku banknya itu.
“Cik tak makan tengahari ke?” tanya pelanggannnya itu.
Dahlia yang tekun  melakukan kerja hanya tersenyum sambil meneruskan kerjanya tanpa memandang pelanggannya itu.
“Belum masuk waktu lagi cik. Kalau dah masuk pukul satu, mestilah saya keluar makan.”
“Ohhh... tekunnya awak buat kerja kalau macam tue.Bagus-bagus”.
‘Ramahnya pelanggan aku seorang nie. Suara biasa macam pernah dengar pula tu. Kemudian memeriksa kad pengenalan yang berikan oleh palanggannya tadi.
“Darwin Danish Mohamed. Darwin, patutlah aku macam pernah dengar suara nie. Rupanya kau. Kenapa datang jauh sanngat setakat nak update buku bank?”
Darwin hanya tergelak melihat yang Dahlia baru perasan akan dirinya.
“Itulah, buat kerja tak pandang pelanggan. Kalau aku aku kenal kau mesti ak cakap kau ni sombong tau”.
“Alah... Bukan kau tak kenal aku macam mana. Concentrate pada kerja okay”.
“Aku tunggu kau dekat sana yea. Lagipun dah nak masuk lunch dah nie.”
“Okay.”

Dahlia segera mengemas mejanya yang berselerak itu. Sambil matanya memandang pelanggan yang tinggal dalam bank itu.
“ Fiza, aku keluar makan dulu yea.”

Fiza yang merupakan rakan sekerja barunya itu menggangguk tanda faham.
Dahlia mengambil handbag  yang terletak bawah mejanya itu kemudian memandang ke arah Darwin yang setia menunggu dia di tempat duduk kerusi pelanggan. Darwin hanya tersenyum melihat Dahlia. Manakala Dahlia pula terasa bagai hendak gugur melihat Darwin tersenyum ke arahnya. Terasa cair dan juga cemburu kepada Ana Hazira kerana berjaya menawan hati Darwin.

Dahlia keluar dari bilik itu menggunakan pintu di tepi kaunter pelanggan. Dahlia berjalan munuju ke arah Darwin sambil tersenyum.
‘ Ma, kenapa hati kau keras seperti batu. Aku nak memiliki senyuman kau itu. Aku nak senyuman itu jadi milik aku. Kenapa hati kau keras sangat?’ kata Darwin di dalam hatinya. Hanya dia seorang yang tahu betapa seksanya hatinya melihat Dahlia setiap hari di rumah.

“Win, kau dah tanya Ana belum yang kita akan keluar lunch sama-sama?” tanya Dahlia kepada Darwin. Darwin hanya mendiamkan dirinya sahaja. Terus memandu tanpa ada suara dari mulutnya.
“Win, aku tanya nie. Kenapa senyap jea?”
“ Aku dengarlah Ma. Tak pekak lagilah. Aku tak bagi tau dia pun. Sebab aku tau dia takkan bagi aku keluar dengan kau walaupun kau tue adik dia. Kau faham-faham jealah kembar kau tue macam mana bila dah cemburu. Hehehe...”

Terdiam Dahlia mendengar bebelan kawan baiknya itu. Mungkin betul apa yang dicakapkan oleh Darwin tentang kembarnya itu. Tahap cemburunya memang tak boleh dibendung. Teringat lagi yang dia diserang dengan kakaknya itu pada tahun lepas akibat pergi berkelah bersama dengan Darwin.

“Ma, jomlah keluar. Dah sampai dah nie”. Tiba-tiba panggilan Darwin mengejutkan Dahlia dari lamunannya. Dahlia segera keluar dari kereta Darwin. Kemudian Dahlia menggeliat untuk menghilangkan rasa lenguh badannya. Kemudian dia terus berjalan ke Taman Tasik Titiwangsa untuk mencari tempat untuk mereka berkelah di sana. Angin yang sepoi-sepoi bahasa menbuatkan dirinya terasa nyaman di situ. Setelah puas berjalan, akhirnya dia memilih tempat untuk mereka berkelah di sana.

“Win, kita duduk di sini yea”. Darwin hanya mengangguk setuju dengan pilihan Dahlia. Bukan dia tak boleh pilih tapi dia sememangnya sudah selesa dengan setiap pilihan Dahlia. Setiap pilihan Dahlia buat untuknya turut menjadi pilihan dia.sebelum ini seluar, baju, tali leher bahkan kasut sukan turut dipilih oleh Dahlia.

“Ma, kau ingat tak kenapa aku panggil kau Ma?”
“Ntah. Aku tak ingatlah.”
“Ohhh...Yea ke?Tak apalah”. Darwin terus terdiam manakala Dahlia terus meikmati permandangan yang ada di depan matanya. Darwin mengeluarkan Mc Donalds yang dibelinya tadi. Sudah menjadi kebiasaan mereka untuk berkelah di sini jika tiada apa yang hendak dibuat. Sejak dari zaman belajar lagi.

“Win, kau ingat lagi tak movie pertama yang kita tengok bersama dulu?” tanya Dahlia kepada Darwin.
“Mestilah aku Ma. 30 Days Of Night. Seram betul cerita tue. Hahaha...”
“ Aku pun ingat juga. Kelakar tengok kau bila kau takut makin kuat kau pegang tangan aku kan Win.Hahaha..”
“Alah... Kau nie, bukan aku takut. Aku pegang kuat tangan kau sebab takut kau terkejut lepas tue pop corn tue kau campak entah ke mana.Hahaha...”
“Amboi kau nie dah lebih nampak. Ala, nasib baik kita dah janji taknak lepas tangan bila dah pegang tangan hari tu. Kalau tak, memang sah kau tue menjerit-jerit bila tengok cerita tue”.

 Semakin kuat ketawa mereka berdua seolah-olah tiada apa yang menghalang mereka dari bersama. Tiba-tiba telefon Darwin berbunyi dan nama keluar adalah Ana Hazira. Darwin menunjukkan isyarat supaya Dahlia senyap. Dahlia terdiam meliahat isyarat yang dierikan oleh Darwin. Tiba-tiba dia terasa marah yang amat sangat. Hatinya mula sakit.

“Yea sayang. Abang ada kat Sentul nie. Ada kerja sikit abang nak buat kat sini. Ada meeting kejap lagi. Okay, nanti abang ambil saying kat tempat kerja saying. Okay, love you. Bye sayang”.

“Win, cepat sikit makan. Dah dekat pukul 2 dah nie. Aku kena masuk kerja”.
Darwin perasan yang mood Dahlia mula hilang. Dia faham yang Dahlia menjadi marah.
“Okay”. Hanya itu Darwin mampu katakan. Dia sudah faham apabila Dahlia mood dia hilang, Darwin pun memang tak boleh pujuk dia dalam masa sehari. Mungkin salahnya kerana menberi isyarat kepada Dahlia supaya senyap. Darwin menghabiskan mekanannya lalu mengemas sisa-sisa yang tinggal dan membuang ke dalam tong sampah. Dahlia pula segera bangun dan menuju ke kereta Darwin. Hatinya masih lagi sakit. Sepanjang perjalan balik ke tempat kerja Dahlia hanya mendiamkan diri dan menyebabkan Darwin berasa bersalah.

hati ini milik siapa - bab 2


“Ma, Lia nak pindah dari rumah ni boleh tak? Nak cari rumah sewa dekat dengan tempat kerja. Boleh tak Ma?” Ibunya, Puan Harlina terdiam mengdengar permintaan anaknya itu.
“Kenapa sayang nak pindah. Tempat kerja dengan rumah kita kan bukan jauh sangat. Boleh berulang hari-hari pergi kerja.”
Ana Dahlia merenung panjang. Merenung ke mata ibunya agar ibunya dapat memahami perasaannya yang sedang gusar itu.
“Lia dah dapat kerja baru dah ma. Lia cari peluang yang lagi baik. Lia dapat kerja baru dekat Sentul. Lia ingat nak cari rumah sewa area Sentul. Lagipun nanti taklah jem sangat Lia nak pergi dan balik kerja.”

“Lia dapat kerja apa kat sana?” soal Puan Harlina.
“Finance executive dekat bank sana. Ma, boleh yea Lia pindah”.

Puan Harlina mengeluh perlahan. Seoleh-bolehnya dia taknak berjauhan dengan Ana Dahlia kerana hanya tinggal dia seorang sahaja yang belum berkahwin. Kembarnya baru sahaja melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan dan menetap di rumah yang sama. Jika Ana Dahlia keluar dari rumah ini, maka dia akan kesunyian. Namun permintaan anaknya memang tidak dapat dielakkan.

“Ala ma. Biarlah dia nak pindah. Sampai bila lagi dia nak duduk dekat ma? Lagipun dia dah besar panjang. Pandailah jaga diri”. Ana Hazira menyampuk dari belakang. Ana Dahlia mengetap gigi menahan geram.

“Ma, Lia nak berdikari. Nanti Lia kahwin, tak adalah nak sibuk duduk rumah mak bapa? Betul tak Ana?” sambil mengerling ke arah kembarnya itu.

“ Baiklah, kalau macam tue. Ma bagi Lia duduk menyewa. Tapi dengan syarat, yang Lia kena bawa buah hati Lia jumpa Ma. Itu jea syarat Ma.”
Dahlia terkejut mendengar syarat ibunya itu. Sesungguhnya buat masa sekarang di dalam hatinya masih belum dipunyai sesiapa melainkan orang yang berkahwin dengan kembarnya itu sendiri.

“Ma, Lia tue ada ke boyfriend? Sedangkan orang lelaki yang paling rapat dengan dia pun tak nak dekat dia. Ma bukan tak tau Darwin tue kawan baik Lia.”Ana Hazira menyampuk.

“Sebab tu Ma nak Lia nie cari boyfriend tunjuk kat Ma.”

Dahlia hanya tersenyum mendengar kata-kata ibunya dan juga kembarnya. Entahlah, mungkin Dahlia terasa belum tiba masanya lagi untuk dirinya mencari teman lelaki.

“Okaylah Ma. Nanti Lia cari boyfriend yang sepuluh kali lagi handsome dari suami Ana tue. Baru terbuka mata Ana tengok boyfriend Lia.Hahahaha...” Dahlia tergelak bila melihat muka kakakya menjadi muncung secara tiba-tiba.

 Memang tidak dapat dinafikan bahawa muka Darwin memang  handsome. Matanya kuyu apabila memujuk orang yang sedang merajuk dengan harapan orang itu akan cair. Disebelah bibir bawah belah kanan ada sebutir tahi lalat pemanis.Kulit yang sawa matang hamper cerah lagi menampakkan betapa segaknya lelaki itu di mata Dahlia. Bila dia mengukir senyuman, menampakkan sebaris gigi yang cantik. Badan yang perkasa macam Aaron Aziz kot. Bukan Dahlia tak pernah nampak bentuk badan Darwin, sudah banyak kali kerana banyak kali pergi berkelah bersama.

“Sudahlah Lia, cakap jealah ko jealous dengan suami aku tue. Perfect di mata semua orang”.

Dahlia hanya memandang muka Ana Hazira. Bukan dia tak tahu, sesungguhnya, dalam perfect itu, ada juga yang tak perfect dengan Darwin. Hanya dia yang tahu apa kekurangan Darwin.

“Okaylah Ma, Lia nak masuk tidur. Makin dilayan, makin menjadi”.
Dahlia terus bangun dari kerusi malas di ruang tamu kemudian menaiki tangga ke atas menuju ke biliknya. Setiba di atas, Lia berjalan berdengkit-dengkit bagi mengelakkan lantai itu berbunyi.

“Ma, kau tengah buat apa tu?” Tegur Darwin setelah melihat Dahlia berjalan berdengkit-dengkit di hadapan biliknya.
“Ohh Win. Tak ada apalah. Saja buang tabiat berjalan macam tue. Bukan kau tak tahu perangai aku macam mana sebelum ni.Hahaha...” gelak si Dahlia disambut oleh Darwin. Kemudian, dengan segera Dahlia buka pintu bilik dan menyelusup masuk ke dalam bilik bagi mengelakkan Darwin bertanya soalan yang bukan-bukan.

hati ini milik siapa - bab 1

Dahlia hanya memerhati pengantin itu dengan perasaan sayu. Hanya senyuman terukir di bibir pengantin lelaki itu. Dengan penuh gembira dan sekali lafaz, pengantin lelaki itu sah menjadi suami dan pemilik kepada Ana Hazira. Kegembiraan mereka disambut dengan senyuman dan riuh rendah tetamu yang hadir di majlis mereka itu.

Dahlia hanya memandang mereka dengan sayu. Matanya bergenang menahan air mata dari jatuh ke pipi pada hari bahagia pasangan itu. Dengan sekelip mata segala kenangan mereka pada zaman waktu sekolah menerpa kepada minda Dahlia.

“ Ma, aku nak kahwin dah. Nanti kau datang tau majlis aku,”kata Darwin Danish dengan penuh perasaan gembira. Manakala Dahlia terkedu tidak mampu berkata apa-apa. Hatinya pedih umpama kaca terhempas di sudut yang jauh. Kakinya seakan-akan tidak dapat merasa beban badan. Akhirnya, dia tersenyum dangan perasaan hambar sambil mencari tempat yang boleh di duduk supaya menghilangkan perasaan sebu di hatinya. Nafasnya tidak tentu hala jadinya.

“Tahniah Win.Kau kahwin dengan Ana ke?” soal Dahlia.
Darwin hanya tersenyum sambil menganggukkan kepalanya. Kemudian mulutnya becok bercerita tentang majlis kahwinnya nanti. Ana Dahlia hanya mampu tersenyum sambil fikirnya menerawang entah ke mana. Memikirkan apa yang akan berlaku tidak lama lagi nanti.

“ Ma, kau dengar tak apa yang aku cakap ni?”
‘Ya, aku dengarlah pakcik. Aku tak pekak lagi yea.”
Darwin hanya tergelak mendengar apa yang keluar dari mulut Dahlia. Kemudian Darwin memegang tangan Dahlia tiba-tiba sambil mencium tangan dahlia. Dahlia yang terkejut kemudian segera menarik tangannya namun dipegang dengan kemas oleh Darwin.

“Ma, terima kasih sebab jadi kawan baik aku selepas dari sekolah menengah sehingga aku nak kahwin sekarang. Aku tak pernah ada kawan baik macam kau. Terima kasih tau.”

Dahlia segera menarik tangannya sebelum hatinya menjadi lagi pedih. Dahlia mengeluh panjang. Air matanya mula bergenang. Semakin dia menahan air matanya dari jatuh, tiba-tiba gerimis menunjukkan tanda-tanda nak hujan. Kemudian, serentak air matanya jatuh ke pipi, hujan mula turun dengan perlahan.

“ Ma, jom masuk dalam kereta.Hujan dah nie. Nanti basah dan demam”.
“Tak apalah, kau balik lah dulu. Baru hujan sikit nie”. Darwin hanya mengangguk perlahan sambil mencari kunci keretanya di dalam poket.

“ Jangan main hujan yea sayang. Hahahaha”. Terus Darwin menuju ke keretanya yang di parkir di tepi jalan itu. Serentak hujan lebat, Darwin memulakan perjalan menuju balik ke rumahnya di Cheras. Manakala Dahlia masih mengeraskan badannya di  tepi batu itu. Mencari ketenangan di dalam hujan lebat itu. Serentak dengan itu, kedengaran tangisan yang kuat dari diri Dahlia. Teresak-esak tangisan di dalam hujan lebat itu. Dahlia tidak mampu berdiri untuk mencari kekuatan diri. Tidak tahu kepada siapa untuk dia mengadu tentang dirinya itu.

“Boleh tak kau jangan menangis sebab kawan baik kau tue? Menyampah aku tengok. Macam dia seorang lelaki dalam dunia nie.”

Dahlia memandang ke belakang. Kelihatan Ana Hazira berada di belakangnya. Dahlia terkedu melihat Ana Hazira di hadapannya. Dahlia hanya mampu menelan air liur dan tidak mampu memandang mata Ana Hazira.

“Dahlia, sedarlah, dia bukan milik kau. Tapi milik aku. Kau lepaskanlah dia untuk aku. Aku tak minta apa-apa tapi sebagai wanita, kau patut faham perasaan aku. Kau patut faham kenapa aku cakap macam nie kepada kau”. Ana Hazira mengeluh panjang.

“Ana, aku tak dapat nak tahan perasaan aku sendiri. Aku minta maaf sebab aku lupa akan kau dan dia.”
“ Dahlia, jangan ingat aku tak tahu tentang perasaan kau pada dia. Sejak dari dulu lagi aku tahu perasaan kau pada dia. Layanan kau pada dia memang berbeza.”

Dahlia hanya mampu menangisi perbualan itu dengan sedu yang kuat. Tiada apa yang mampu diucapkan lagi pada Ana Hazira itu. Adakah silapnya sendiri atau tiba-tiba perasaan itu datang sendiri.

“Ana, boleh tak kau tinggalkan aku sendirian buat masa sekarang. Aku nak tenangkan diri aku. Aku tak nak fikirkan tentang apa-apa pun”. Ana Hazira mengangguk dan berlalu pergi meninggalkan Dahlia itu. Dahlia merenung ke arah pemandangan Kuala Lumpur yang sedang dibasahi hujan yang lebat itu. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Melihat nama Darwin yang tertera di skrin telefon menbuatkan dia terasa lagi sedih lalu Dahlia terus memadamkan telefonnya.

“Ma, thanks sebab jadi pengapit aku..Hahaha..Yang penting kau ada di majlis perkahwinan aku. Terima kasih tau”. Dahlia hanya mengangguk dan tersenyum mendengarnya. Jauh di sudut hatinya, pedih untuk terima kenyataan yang lelaki itu bukan miliknya. Tapi menjadi milik orang lain. Lagi pedih untuk melihatnya hari-hari di rumahnya. Ya, sesungguhnya lelaki yang disukainya akan menetap di rumahnya dan sesungguhnya Ana Hazira itu adalah kembarnya kepada Ana Dahlia.